Ahad, 20 Oktober 2013

Palam Pencucuh (Spark plug)

Moga menjadi manafaat bagi mereka yang ingin mengetahui tentang kondisi palam pencucuh atau spark plug.

Khamis, 25 April 2013

Kami Johan PGMC 2012

Alhamdulillah, Itulah ucapan yand dapat diucapkan di atas kemenangan pasukan UIAM dalam Proton Green Mobility Challenge 2012 bertempat di Sepang International Circuit dan berlangsung dari 4 hingga 7 Oktober 2012.

Isnin, 2 April 2012

Langkah Kerja Menukar Penyerap Hentakan Belakang (Rear Absorbers)

Assalamualaikum Warahmatullah,

Aku ingin kongsikan kepada sesiapa jua yg ingin mengetahui langkah kerja untuk menukar absorber belakang(rear absorbers) untuk kenderaan proton waja.moga, dengan teknik yang saya tunjukkan ini,mendapat sedikit rujukan buat rakan2 yg ingin mencuba sendiri, bagaimana cara untuk menukarnya, juga jika ada sebarang cadangan dan komen yg membina, sila usulkan kepadaku,demi untuk menambah baik lagi teknik yg sedia ada..wassalam.

Peralatan

1.Socket box set


2.Hydraulic Floor Jack



3.Jack stand(safety stand)



4.Spanner


5.Air Impact gun


6.Mc person strut damper extractor set



7.Kayu(wood)
8.Pin chisel




Langkah pertama

Angkat kereta dengan menggunakan hydraulic floor jack,kemudian letakkan jack stand di keempat-empat tempat untuk mengantung kenderaan anda.



Langkah kedua
Gunakan air impact gun untuk membuka keempat-empat tayar mengunakan socket size 21mm.



langkah ketiga
Kita mulakan dengan membuka absorber bahagian belakang dahulu,kenapa?sbb untuk proton waja, rear absorber memang susah sedikit daripada absorber bahagian hadapan.jadi,tenaga tengah banyak lagi,kita buat yang belakang dahulu.

Mula-mula,gunakan impact gun untuk buka nut pada lower arm dengan socket size 19mm,longgarkan dan keluarkan kedua-dua bolt dan nut tersebut.Juga keluarkan linkage dengan socket size 14mm.Sila lihat anak panah seperti di bawah.



Langkah keempat

Untuk mempermudahkan mengeluarkan kedua-dua bolt dan nut tersebut,adalah dicadangkan menggunakan hyrraulic jack dan kayu berukuran 2mm tebal x 4mm lebar x 10mm panjang.kenapa saya menggunakan kayu itu,ialah kerana untuk mempermudahkan alignment bolt tersebut,kerana dlm keadaan asal,bolt tersebut dlm keadaan pressure(tekanan)jadi agak sukar untuk mengeluarkan bolt tersebut,bila kita laraskan dgn hydraulic jack,jadi mudah untuk mengeluarkan bolt tersebut dan bolt itu juga tidak rosak.




Langkah kelima

Setelah selesai tugas yg keempat,kita dikehendaki membuka dalam bonet belakang kereta,kerana disitu,absorber diikat, sila gunakan socket size 14mm dan rachet handle untuk membuka kedua2 absorber. Setelah itu, keluarkan absorber itu dengan menekan lower arm dengan menggunakan kayu.



Langkah kelima

Kita akan clamp absorber dan coil spring tersebut menggunakan alat extractor atau clamper. Gunakan air gun untuk mempercepatkan kerja anda,pastikan dulu saiz coil spring,untuk mudah membuat pilihan mengikut saiz spring yg betul.



setelah dilaras dgn betul...gunakan soket saiz 17mm untuk membuka nut pada absorber.manakala soket saiz 19mm untuk alat clamper.keluarkan absorber lama dan masukkan absorber baru,sebelum tu,jgn lupa marking(tanda) menggunakan liquid paper,supaya kita tidak lupa kedudkan asal absorber dan spring,takut lari kedudukannya,memnyebabkan susah untuk kita masukkan bolt bila pemasangan semula pada kereta.

Sila periksa keadaan absorber anda,jika jenis minyak(oil) biasanya terdapat kebocoran pada absorber tersebut, jika jenis gas, cuba tekan batang rod piston absorber itu,dan anda akan tahu,apa terjadi.....wassalam

Khamis, 10 Februari 2011

Selasa, 8 Februari 2011

Kenangan Tarik Tali Unimap 2007




Inilah sebahagian daripada teknik dan posisi ketika acara tarik tali di mainkan. Juga sebahagian dari gambar latihan yg kami telah jalani untuk menjadi sebuah pasukan juara...bukan muidah bang nk jadi juara...kalau tak percaya,tanyalah lee Choong Wei....mana taknya,berat badan nak kene jaga...makan kene kurang..tapi training hari2...letih...penat,lapar,dahaga...puh..susah nak cakap..rakan2 yg berlatih terdiri daripada Aku,Haizal,zaha,meor,syukor,Mie kasim,Mie klinik...dan yg paling penting..coach askar khairul faizi......

Quality Awards



Assalamualaikum.....Kami pun tak pernah tefikir,menjadi sebahagian daripada ahli yg menerima anugerak kualitipada tahun 2007....walaupun untuk anugerah "BEST SPORT TEAM IIUM"...yg penting..naik pentas....Alhamdulillah...susah beb..nak dapat anugerah kualiti..kalau jadi lecturer kene ada research yg bagus...baru dapat...Itulah yg boleh dikongsi buat saat ini..(Gambar aku dan meor tgh salam Tan sri Sanusi EX president UIAM)

APA YANG PENTING????KERJASAMA!!!!!


aSSALAMUALAIKUM wARAHMATULLAH....

Apa yg rakan2 perhatikan digambar sebelah,adalah suasana persekitaran kawasan kerja saya dan rakan2...

Waktu ini,kami sedang bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur bengkel untuk program khas pelancaran Terowong Angin UIAM yang akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khalid Nordin...

Alhamdulillah,hasil kerjasama dari rakan2 yg berlainan bidang tugas dan jabatan terutama dari safora (electrical), Abg. Ramli dan syukor (Manufacturing), Anuar (biotech), geng sebengkel Meor,Razali,Farid, dan juga yg terlibat secara langsung dan tidak langsung.Mereka byk memberi buah fikiran dan pandangan untuk mempermudahkan lagi perjalanan kami menguruskan program ini.

moga Allah jua yg membalas jasa baik dan buah fikiran mereka untuk kesejahteraan kita bersama....