Aku ingin kongsikan kepada sesiapa jua yg ingin mengetahui langkah kerja untuk menukar absorber belakang(rear absorbers) untuk kenderaan proton waja.moga, dengan teknik yang saya tunjukkan ini,mendapat sedikit rujukan buat rakan2 yg ingin mencuba sendiri, bagaimana cara untuk menukarnya, juga jika ada sebarang cadangan dan komen yg membina, sila usulkan kepadaku,demi untuk menambah baik lagi teknik yg sedia ada..wassalam.
Peralatan
1.Socket box set
2.Hydraulic Floor Jack
3.Jack stand(safety stand)
4.Spanner
5.Air Impact gun
6.Mc person strut damper extractor set
7.Kayu(wood)
8.Pin chisel
Langkah pertama
Angkat kereta dengan menggunakan hydraulic floor jack,kemudian letakkan jack stand di keempat-empat tempat untuk mengantung kenderaan anda.
Langkah kedua
Gunakan air impact gun untuk membuka keempat-empat tayar mengunakan socket size 21mm.
langkah ketiga
Kita mulakan dengan membuka absorber bahagian belakang dahulu,kenapa?sbb untuk proton waja, rear absorber memang susah sedikit daripada absorber bahagian hadapan.jadi,tenaga tengah banyak lagi,kita buat yang belakang dahulu.
Mula-mula,gunakan impact gun untuk buka nut pada lower arm dengan socket size 19mm,longgarkan dan keluarkan kedua-dua bolt dan nut tersebut.Juga keluarkan linkage dengan socket size 14mm.Sila lihat anak panah seperti di bawah.

Langkah keempat
Untuk mempermudahkan mengeluarkan kedua-dua bolt dan nut tersebut,adalah dicadangkan menggunakan hyrraulic jack dan kayu berukuran 2mm tebal x 4mm lebar x 10mm panjang.kenapa saya menggunakan kayu itu,ialah kerana untuk mempermudahkan alignment bolt tersebut,kerana dlm keadaan asal,bolt tersebut dlm keadaan pressure(tekanan)jadi agak sukar untuk mengeluarkan bolt tersebut,bila kita laraskan dgn hydraulic jack,jadi mudah untuk mengeluarkan bolt tersebut dan bolt itu juga tidak rosak.
Langkah kelima
Setelah selesai tugas yg keempat,kita dikehendaki membuka dalam bonet belakang kereta,kerana disitu,absorber diikat, sila gunakan socket size 14mm dan rachet handle untuk membuka kedua2 absorber. Setelah itu, keluarkan absorber itu dengan menekan lower arm dengan menggunakan kayu.
Langkah kelima
Kita akan clamp absorber dan coil spring tersebut menggunakan alat extractor atau clamper. Gunakan air gun untuk mempercepatkan kerja anda,pastikan dulu saiz coil spring,untuk mudah membuat pilihan mengikut saiz spring yg betul.
setelah dilaras dgn betul...gunakan soket saiz 17mm untuk membuka nut pada absorber.manakala soket saiz 19mm untuk alat clamper.keluarkan absorber lama dan masukkan absorber baru,sebelum tu,jgn lupa marking(tanda) menggunakan liquid paper,supaya kita tidak lupa kedudkan asal absorber dan spring,takut lari kedudukannya,memnyebabkan susah untuk kita masukkan bolt bila pemasangan semula pada kereta.
Sila periksa keadaan absorber anda,jika jenis minyak(oil) biasanya terdapat kebocoran pada absorber tersebut, jika jenis gas, cuba tekan batang rod piston absorber itu,dan anda akan tahu,apa terjadi.....wassalam
4 ulasan:
salam, akak tgh cari info berkenaan absorbers waja, tgk2 rupanya blog ni org uia yg punya, anyway, nak tanya utnuk kereta yg lowerd, berapa cost untuk standardkan semula dan apa brg2 yg perlu diganti? jazakallah
cara menukar absorber hadapan mcm mna plk
Penerangan yng sangat baik dan teliti
boleh saya tau jenis alat penekan spring kereta
Catat Ulasan